
TARIF BAYARAN POS BAGI MEL STANDARD
Ditulis oleh TN. HJ. INSHA'ARY BIN HJ. AHMAD Isnin, 12 Julai 2010 12:38
Bersama-sama ini disertakan surat yang berkaitan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
TAKLIMAT PENGUMPULAN DATA SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Mohd Nor bin Haji Omar - Unit Pengurusan Sekolah Rendah Jumaat, 09 Julai 2010 10:29
Makluman kepada semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Daerah Alor Gajah. Sesi Taklimat Perbengkelan Pengumpulan Data Maklumat untuk Guru dan Pembantu Pengurusan Murid akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 12 JULAI 2010 ( Isnin )
Masa : 2.00 petang – Kawasan Alor Gajah
3.30 petang – Kawasan Masjid Tanah
Tempat: Bilik Gerakan PPD Alor Gajah.
Template maklumat yang diperlukan boleh dimuat turun daripada halaman web ini untuk kegunaan kemasukan maklumat tersebut. Mohon dilengkapkan data maklumat PPM dan Guru berdasarkan template tersebut sebelum menghadiri taklimat ini. Sila bawa laptop dan tumb drive/ pendirive bersama. Untuk makluman tuan/puan, sistem SMPK kita telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akibatnya, data guru dan PPM telah hilang.
PENGISIAN LINUS - SARINGAN 2
Ditulis oleh PEGAWAI NKRA Jumaat, 02 Julai 2010 11:34
Perhatian kepada Guru Besar,
Pengisian LINUS untuk saringan 2 akan bermula dari 12 - 24 Julai 2010 di laman portal NKRA -Pendidikan. Harap maklum.
GURU CEMERLANG
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh MOHD ARSHAD OTHMAN Khamis, 01 Julai 2010 20:48
URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi, terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM) diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.
Borang Berkaitan Ada di www.moe.gov.my/jnjk
PERMOHONAN SBT
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh PEGAWAI NKRA Khamis, 01 Julai 2010 10:55
Perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar
1- Borang Permohonan Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) boleh diakses melalui Portal NKRA-Pendidikan mulai 2 Julai 2010.
2- Semua sekolah dalam Band Satu(1), kecuali yang telah diiktiraf sebagai SBT,WAJIB mengisi Borang Pencalonan tersebut menerusi Portal NKRA-Pendidikan.
3- Sekolah diluar Band Satu(1) boleh melihat borang tersebut untuk mengenalpasti perkara-perkara yang diambilkira untuk penilaian pengiktirafan SBT.
4- Pihak sekolah dikehendaki menyediakan SEMUA DOKUMEN berkaitan dengan MAKLUMAT yang diberi dalam Borang Pencalonan untuk memudahkan urusan pemantauan dan penilaian.
5- Dokumentasi yang TIDAK LENGKAP akan menjejaskan proses penilaian.
6- Tarikh tutup pencalonan di Portal NKRA-Pendidikan untuk pengiktirafan SBT adalah 15 JULAI 2010 jam 12 malam.
TAKLIMAT PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN PTK SESI OKTOBER TAHUN 2010
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh TN. HJ. INSHA'ARY BIN HJ. AHMAD Khamis, 01 Julai 2010 09:02
Pengetua / Guru Besar, Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah
Dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan pada :
Tarikh : 13 Julai 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan SMK Seri Pengkalan
Sehubungan dengan itu tuan/puan dijemput hadir bersama seorang Guru Emis (Data/Maklumat).
KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN.
Sekian,terima kasih.
PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DISEKOLAH RENDAH TAHUN 2010
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh UNIT HEM Selasa, 29 Jun 2010 14:37
Dengan hormatnya surat Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BKEW/BT) 1910RMT/A5Jld 3 (32) bertarikh 16 Jun 2010 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah boleh meneruskan program Rancangan MakananTambahan (RMT) sekolah di bawah pentadbiran tuan. Baki Peruntukan Tambahan akan diturunkan ke sekolah sebaik sahaja menerima peruntukan dari Kementerian Kewangan. Surat pemberitahuan dari Jabatan Pelajaran Melaka akan menyusul kemudian.
Sekian harap maklum.
MEMOHON DATA BAGI MENYEDIAKAN LAPORAN EDUCATION FOR ALL (EFA) GOAL 2
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh UNIT HEM Isnin, 28 Jun 2010 12:44
Bersama-sama ini disertakan surat yang berkaitan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Artikel lain...
Muka 5 daripada 7
























