Tahniah SMA Ehya El Karim Naib Johan pertandingan Nasyid Bintang Mukmin
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Unit Pendidikan Islam PPDAG Isnin, 06 Februari 2012 13:36
Tahniah SMA Ehya El Karim Naib Johan pertandingan Nasyid Bintang Mukmin
5 Feb. 2012 - Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin yang dianjurkan oleh Al- Meswak Mu'min Sdn. Bhd. (Pengeluar Ubat Gigi Mu'min) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka telah melabuhkan tirainya petang tadi.
Pertandingan ini diadakan juga bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan di perkarangan Masjid Al-Azim dan Dataran Majlis Agama Islam Melaka.
Sebanyak 10 pasukan sekolah telah mengambil bahagian. Kesemua pasukan telah menunjukkan kehebatan persembahan masing-masing dan mendapat pujian para juri. Mereka dihakimi oleh 3 juri yang diketuai oleh komposer terkenal iaitu saudara A.Ali.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.
Keputusan pertandingan:
Johan: SMKA Sharifah Rodziah (Akan mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan)
Naib Johan: SMA Al-Ehya El-Karim, Tanjung Bidara
Ketiga: Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Selandar
Tahniah kepada para pemenang!
Tahniah SK Pengkalan Balak ( Johan Pertandingan Nazam Peringkat Negeri Melaka )
Ditulis oleh Unit Pendidikan Islam PPDAG Sabtu, 04 Februari 2012 17:46
Pertandingan Nazam SR Sempena Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2012
Pertandingan Nazam Sekolah Rendah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Negeri Melaka sedang berlangsung di Dataran Al-Azim, Bukit Palah seawal jam 9.00 pagi. Sebanyak 9 pasukan telah mempersembahkan bakat dan kehebatan masing-masing.
Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Tun Syed Ahmad Shahabuddin, SK Sungai Udang, SK Merlimau 1, SK Batang Melaka, SK Serkam, SRA (JAIM) Kg. Tun Razak, SK Jeram, SK Ramuan China Besar dan SK Pengkalan Balak. Program anjuran Pusat Zakat Melaka ini dikelolakan oleh Unit Operasi Dakwah, SPI JPN Melaka.
Keputusan Pertandingan:
Johan: Kumpulan Al-Ikhwan - SK Pengkalan Balak (RM600 dan sijil)
Naib Johan: Kumpulan Dian - SK Serkam (RM400 dan sijil)
Ketiga: Kumpulan Soutul Nazam - SK Batang Melaka(RM 300 dan sijil)
Tahniah kepada para pemenang.
[ ALBUM ]
PERTANDINGAN MEREKACIPTA KENDERAAN ELEKTRIK AMFIBIA PERINGKAT NEGERI 2012
Ditulis oleh UNIT KOKU Jumaat, 03 Februari 2012 11:59
Perhatian kepada pengetua dan guru besar semua sekolah menengah dan rendah Daerah Alor Gajah:
Sila muat turun lampiran berikut untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
TAKLIMAT VERIFIKASI DATA SMM JANUARI 2012
Ditulis oleh TEE KHOK HOW Jumaat, 03 Februari 2012 11:00
Perhatian kepada guru besar semua sekolah rendah Daerah Alor Gajah:
Sila muat turun lampiran berikut untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Mesyuarat pelaksanaan MTQSS Menengah Peringkat Kawasan Masjid Tanah 2012
Ditulis oleh Unit Pendidikan Islam PPDAG Jumaat, 03 Februari 2012 08:37
Pengetua,
Sekolah Menengah Kawasan Masjid Tanah,
MRSM Kem Terendak.
Tajuk : MESYUARAT MTQSS SEKOLAH MENENGAH KAWASAN MASJID TANAH 2012
Merujuk surat kami Ruj.Kami : PPDAG.UPIM.700 - 15 /11/1 ( 1 ) BERTARIKH 3.2.2012 ADALAH BERKAITAN.
Tarikh Mesyuarat : 9 .2. 2012 ( Khamis )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat MRSM Kem Terendak
Sehubungan dengan itu tuan diminta menghantar wakil untuk hadir di dalam mesyuarat tersebut.
Keputusan Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 1 ( Aliran Agama )2012
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Unit Pendidikan Islam PPDAG Khamis, 02 Februari 2012 19:28
Keputusan Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 1 2012 ( Aliran Agama )
Keputusan permohonan rayuan ke Tingkatan 1 2012 telah siap diproses dan semakan boleh dibuat di portal Sektor Pendidikan Islam JPM mulai jam 8.00 pagi esok (3 Februari 2012), Insya-Allah.
- Surat tawaran diambil di Unit PIPA, SPI (Bukit Baru)
- Pendaftaran di sekolah baru : 7 Februari 2012 (Selasa)
- Sebarang kemusykilan, sila hubungi 06-232 4607/ 7427.
KEJOHANAN HOKI( R ) MSS KAW. A.GAJAH 2012
Ditulis oleh JONIT BIN MARSIN - UNIT SUKAN PPD ALOR GAJAH. Khamis, 02 Februari 2012 11:30
Kepada
Guru Besar SK Simpang 4
Sila muat turun attachment untuk tindakan tuan selanjutnya. Terima kasih.
SURAT PEKELILING ICT KPM BIL.1 TAHUN 2011 & DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT)KPM.
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Arifin Bin Ab.Jalil - Unit ICT PPDAG Rabu, 01 Februari 2012 15:53
Kepada Semua Pengetua / Guru Besar.
Dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling ICT KPM Bil.1 Tahun 2011 dan Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT KPM telah dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mendapatkan surat siaran dari PPDAG untuk tindakan selanjutnya di kaunter PPDAG mulai esok (Khamis).
Surat Akuan Pematuhan DKICT perlu ditandatangani oleh semua staf sekolah dan disimpan di dalam fail peribadi masing-masing, manakala Senarai Pegawai/Kakitangan yang telah menandatangani Surat Akuan DKICT perlu dihantar ke PPDAG (U.p: En. Arifin Bin Ab. Jalil - Unit ICT PPDAG) pada atau sebelum 10 Februari 2012 (Jumaat).
Sekian dimaklumkan, terima kasin.
Artikel lain...
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL



























